Friday, August 10, 2007

+#Hari InI dAn SeMaLam#+


hahaha...setelah sekian lama aku tinggalkan blog nih..waaah..sorry marini, x rajin+ x de idea apa nak tulis. Ermmm....topik yang aku nak tulis ari ni ialah...belajar menghargai pengalaman yang lepas. Masa aku umur 11 tahun dulu, aku ada sorang kawan baik, baik sangat ngan aku...penah makan sepinggan, tidur sebantal, kitorang deskmate dari darjah 3 sampai darjah 5, tapi something jadik masa aku darjah 5..yang buatkan aku marah sangat ngan dia dan aku berusaha keras lupakan dia. Padam terus dia dari diari aku, tak nak ingat muka dia, semua benda yang berkaitan ngan dia aku buang...teruk sangat aku rasa masa tuh..tapi bila usia dah berinjak dewasa nih, aku sedar betapa berharganya memori yang aku kongsi ngan dia. Biar apa pun yang dia buat kat aku, sepatutnya aku x lupakan, dia pernah jadi kawan aku yang terbaik.

Tanpa hari semalam aku x kan jadi aku yang hari ini. Apa yang aku belajar ialah kita kena hargai setiap detik dalam hidup kita. Binalah sebanyak memori dan simpan semua. Jadi pada suatu hari nanti, ada yang boleh kita kenangkan di hari tua. Insyaallah jika panjang umur.

Bagi aku, setiap benda di sekeliling kita akan jadi sesuatu yang menggembirakan, meyedihkan dan mengujakan jika kita perhatikan. Melihat dengan mata hati. Erm aku jika tak kerana kawan -kawan sekarang mungkin dah jadi 'ICE QUEEN', x de perasaan, x peduli perasaan sendiri dan orang lain.

Jika satu hari seseorang buat kita marah, sedih, menyampah, jangan benci orang tu...mereka sebenarnya menambah warna dalam hidup kita...bukankah kita akan lebih cepat mengingati jika kita disakiti?...Ini adalah memori kita..hargainya..

Aku tak akan berdiri di sini pada hari ini jika tak kerana orang-orang yang menyakiti..bukankah islam itu berkembang kerana penindasan?..Apa yang penting ialah, kita harus jadi makin kuat, bukan semakin lemah kerana dugaan. Percayalah..sesuatu yang baik akan berlaku kepada orang yang sabar...hahahha..nasihat untuk diri sendiri dan sesapa yang baca blog ni...

No comments:

About Me

A normal person, who live today to die tommorow