Thursday, August 16, 2007

~ErTi SeBeNaR ReAlITi~


errm...aku nak bercerita tentang rupa...dan layanan orang terhadap kita. Aku ni bukan tergolong dalam orang yang ada rupa, walaupun x hodoh sangat, tapi kalau dibandingkan dengan kawan2 aku, aku paling tak lawa. Perumpaan yang boleh dibuat ialah rama-rama dengan cacing tanah. Rama-rama cantik dan sentiasa dikejar walaupun warna pada sayapnya asal daripada najisnya. Manakala cacing tanah walaupun banyak memberi manfaat pada tanah, menyuburkan tanah , ia tetap dipandang keji. Apa yang aku alami sehari-hari kat pejabat memang menekan jiwa. Kawan yang lagi lawa sentiasa diberi pertolongan, diberi perhatian.Sedangkan orang seperti aku ni, tak kan dipedulikan walaupun memohon pertolongan. Resam dunia, memang pahit.Aku jadi jauh lebih matang berbanding usia, kerana hidup ini mengajar aku, aku tak akan dapat pertolongan seperti orang lain, mempergunakan kelebihan mereka untuk mendapat apa yang mereka nak. Cara yang perlu aku lakukan ilah mengikut jalan jauh. Berusaha untuk mendapatkan semua dengan tangan aku sendiri. ya Allah, kuatkan hati ini.

No comments:

About Me

A normal person, who live today to die tommorow